Kurus dengan Cuka Buah

Sejak beribu tahun cuka buah telah di gunakan untuk membantu menurunkan berat badan 

Kajian oleh Ostman E.  yang di terbitkan dalam Jurnal European Journal of Clinical Nutrition pada tahun 2005 menunjukkan 12 orang yang makan roti bersama cuka buah merasa  kenyang lebih lama berbanding seseorang yang hanya makan roti tanpa cuka buah.. 
Pada tahun 2009, kajian ke atas tikus di makmal yang di berikan asid asetik iaitu bahan aktif dalam cuka meningkatkan ekspresi gen untuk oksidasi asid lemak yang menyebabkan pengurangan pengumpulan lemak tubuh… 
Satu kajian ‘double-blind’ yang di buat di Jepun di mana peserta kajian terbahagi kepada 3 kumpulan.. Satu kumpulan mengambil 30ml cuka,  satu lagi 15ml cuka dan satu lagi kumpulan tidak di berikan cuka lansung. 

Di akhir kajian ini mendapati perserta yang mengambil cuka 30ml dan 15ml mempunyai pengurangan berat badan, BMI , saiz pinggang, paras trigliserida darah dan kebuncitan perut yang ketara. 

Ketiga-tiga kumpulan mengambil jumlah kalori dan jenis makanan yang sama,  perbezaan hanyalah dari segi pengambilan cuka. Pengurangan berat adalah 1.5kg bg kumpulan 15ml dan 1.7kg bagi kumpulan 30ml iaitu dalam tempoh 12 minggu. Kesimpulannya dari kajian ini menunjukkan pengambilan cuka buah boleh membantu menurunkan berat badan.
Cuka epal juga boleh di gunakan untuk masalah allergi kulit sebagai sapuan luaran tanpa sebarang kesan sampingan.
#drnorman #infosihat #cukaepalsider #weightloss #applecidervinegar
Tulisan asal dari page fb Dr Norman

Pakar Nutrisi

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s