• Stretch Mark – Parut regangan – Apa tu??

Parut ni selula terjadi pada sesiapa saja yang membesar dengan ‘cepat’. Kulit terpaksa meregang atau ‘koyak’..hingga tak sempat untuk buat kulit baru. Tu sebab dia jadi parut. Golongan yang selalu dapat strecth maks ni adalah..ibu mengandung. Ini kerana lazimnya ibu mengandung akan bertambah berat badan dengan mendadak.

*Macam Mana Nak Cegah?*

  • KAWAL BERAT BADAN

1. Kawal berat badan

Benda paling membaty untuk cegah parut ini samada mengandung atau tidak ialah..kekalkan berat badan yang sihat.

Macam mana nak buat? Hehe..

  1. Kawal makan. Pastikan mengikut keperluan kalori harian
  2. Makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi lengkap
  3. Lakukan senaman yang cukup

  • HIDRASI

2. Kekal hidrasi – minum air yang cukup

Bila badan cukup air, kukit kita akan lembut dan lebih flexible. Kulit lembut kurang berisiko mendapat parut regangan berbanding kulit kering.

Berapa banyak air keperluan kita ye?

Setiap 20kg berat badan – perlu 1liter air sehari. Kalau berat badan 60kg, badan kita perlu 3liter air sehari.

Ingat ya. Minuman berkefein juga membantu pembentukan parut. Pastikan ganti semula dengan air putih atau air yang bebas kefein.

  • NUTRISI

3. Makan makanan yang tinggi nutrient.

Strech mark akan terjadi bila kita kekurangan nutrient di sesetengah tempat. 

Pastikan makanan anda mempunyai :

vitamin C
vitamin D
vitamin E
zinc

protein

Salah atu cara untuk pastikan anda mendapat pelbagai jenis vitamin ini, anda mesti memilih makanan yang pelbagai warna.

Contohnya: Sarapan dengan telur, salad, roti wholemeal, buah oren.

Banyak warna yang anda dapat..sebenarnya..banyak jenis nutrisi yang anda makan.

  • VITAMIN C

4. Tambahkan vitamin C dalam diet anda. Vitamin C sangan penting untuk penghasilan colagen. Colagen berfungsi menguatkan kulit dan mengekalkan keanjalan kulit.

Makanan yang tinggi Vitamin C banyak dari sumber sayur-sayuran dan buah seperti lemon, oren, jambu..dan lain2

  • ZINC

5. Makan makanan tinggi Zinc

Zinc main peranan penting untuk mengurangkan radang dan proses penyembuhan luka. Makanan yang tinggi zinc adalah seperti kekacang dan ikan. 

  • BERTINDAK CEPAT!

6. Parut regangan tidak mudah untuk dihilangkan bila sudah kelihatan pada kulit. Apa yang anda boleh buat adalah mengurangkan kesan parut dengan langkah-langkah dibawah

  • Krim parut – boleh didapati di farmasi
  • Rawatan Laser  – boleh ransang colagen dari kulit. Bagi meningkatkan semula tahap keanjalan dan kebolehan untuk generate sel baru.
  • Biarkan – stretch mark akan pudar bila dibiarkan bagi masa yang lama (1-2 tahun atau lebih)

Tiada kajian khas yang membuktikan keberkesanan apa-apa jenis rawatan untuk membaiki parut ini. Apa yang perlu kita lakukan mencegah sebelum parut ini terjadi.

Apa yang anda boleh ikhtiar dengan amalkan tips-tips diatas, kekalkan hidrasi dan nutrisi badan. 

Boleh ushar-ushar set kulit sihat 👇

Kalau berminat boleh pm saya. Klik je link dibawah. Tq

Set Kulit Sihat Bebas Parut

Advertisements